Instagram Reels ialah ciri seakan TikTok yang sedang diuji oleh Instagram hanya di Brazil. Ia satu lagi usaha Instagram untuk kekal relevan dan pada waktu yang sama memberikan saingan kepada TikTok yang merajai pasaran aplikasi video menegak berformat pendek. Selepas TikTok diharamkan di India dua minggu lalu, Reels kini diaktifkan pula kepada pengguna di India.

TikTok dan pelbagai aplikasi dari China telah dihalang akses dan tidak boleh dimuat turun di India sebagai balasan pertelingkahan tentera dari kedua-dua negara di sempadan Himalaya. Selain itu pengilangan produk iPhone dan Xiaomi turut terganggu di India kerana komponen dari China telah dihalang oleh pihak kastam. Sementara itu di China pula warga India diboikot sehingga dihalang dari memasuki premis perniagaan.


