Twitter Sedang Membangunkan Perkhidmatan Langganan

TechnologyDigital
9 Jul 2020 • 12:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter kini dilihat sedang membangunkan perkhidmatan langganan mereka tersendiri. Buat masa ini, nama kod untuk perkhidmatan ini dikenali dengan nama “Gryphon”.

Pembangunan ciri baru ini ditemui melalui pencarian pekerja oleh pihak Twitter.

Buat masa ini, ia tidak diketahui secara menyeluruh bagaimanakah ciri ini akan berfungsi. Melalui penerangan tugasan, kelak ciri langganan ini dikatakan akan perlu diintegrasikan bersama sokongan pembayaran di Twitter.

Secara kasar, ia mungkin menawarkan ciri langganan berbayar yang membolehkan pengguna membayar sejumlah nilai untuk beberapa penerbit kandungan – mungkin seumpama Patreon, Twitch, mahupun di YouTube. Apa pun, mungkin juga pihak Twitter mempunyai perancangan berbeza untuk platform mereka.

Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Twitter melalui “Gryphon”.