Samsung Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dalam Kotak Telefon Pintar Baru Seawal Tahun Hadapan

TechnologyDigital
8 Jul 2020 • 7:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini, kita telah mendengar laporan mengatakan Apple mungkin tidak menyertakan pengecas dalam telefon pintar terbaru mereka. Kini, selain daripada Apple, pihak Samsung juga dilihat sedang mempertimbangkan perkara yang sama.

Melalui laporan baru dari Korea Selatan, Samsung dikatakan sedang melihat kepada idea untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak telefon pintar baru.

Salah satu sebabnya dikatakan adalah untuk mengurangkan kos, apatah lagi dengan pengecas yang kini telah dipunyai oleh ramai pengguna seluruh dunia, selepas lebih 10 tahun telefon pintar diperkenalkan.

Pengurangan kos ini dijangka akan menyelarikan peningkatan kos untuk telefon pintar 5G yang masih membawakan tanda harga yang tinggi.

Buat masa ini, Samsung dikatakan masih mempertimbangkan perkara ini, dan sekiranya ya, maka beberapa model yang akan dipasarkan pada tahun 2021 kelak, mungkin tidak menyertakan pengecas bersama dengannya dalam kotak jualan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved