Mozilla Menghentikan Sementara Perkhidmatan Penghantaran Fail – Firefox Send

TechnologyDigital
8 Jul 2020 • 5:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada tahun lepas, Mozilla telah memperkenalkan salah satu kemudahan untuk menghantar fail bersaiz besar, dinamakan sebagai Firefox Send.

image is not available

Melaluinya, pengguna boleh menghantar fail bersaiz sehingga 2.5GB, dimana ia akan menjana sebuah pautan khusus untuk fail berkenaan, dan boleh dikongsi kepada penerima untuk tempoh sehingga 7 hari lamanya.

Apa pun, buat sementara ini, pihak Mozilla telah menghentikan perkhidmatan berkenaan. Salah satunya, disebabkan oleh penyebaran malware melalui Firerox Send, dan membuatkan pengguna menjadi mangsa melalui perkhidmatan berkenaan.

Mozilla dijangka akan hadir semula dengan perkhidmatan Firefox Send yang menyertakan butang melapor bersama dengannya kelak, dan memerlukan semua pengguna mendaftar akaun untuk menggunakannya kelak.


Tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan semula perkhidmatan ini buat masa ini.