Aishwarya Rai, anak bebas Covid-19

LocalEntertainment
28 Jul 2020 • 4:56 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON jelita Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan, 47, dan anak perempuannya, Aaradha, 9, telah dibenarkan keluar dari hospital setelah hasil ujian saringan wabak koronavirus (Covid-19) negatif.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Abhishek Bachchan, 44, menerusi akaun Twitter, lapor BBC.

“Aishwarya dan Aaradhya telah dibenarkan keluar hospital dan mereka kini dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Saya dan bapa masih ditahan di hospital dan masih menerima rawatan, dijaga dengan baik oleh petugas perubatan,” jelasnya dalam tweet yang dimuat naik.

Abhishek juga turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan mereka sekeluarga .

Pada 12 Julai, Amitabh Bachchan, 77, disahkan positif wabak berkenaan setelah menunjukkan gejala ringan.

Susulan daripada itu, Abhishek dan keluarganya turut disahkan positif.

The post Aishwarya Rai, anak bebas Covid-19 appeared first on Sinar Plus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved