Pelbagai Aksesori ASUS ROG Phone 3 Tertiris- Skrin Sekunder, Alat Kawalan Dan Kipas Penyejuk Ditawarkan

TechnologyDigital
22 Jul 2020 • 10:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Asus ROG Phone 3 akan dilancarkan pertengahan bulan September. Peranti untuk permua ini bakal hadir dengan pelbagai aksesori tambahan untuk meningkatkan kemampuan menikmati permua sama seperti model-model terdahulu. Pagi ini beberapa gambar pengolokan rasmi aksesorinya telah tertiris ke arena web menerusi laman Pricebaba.

image is not available
Antara yang tertiris ialah pengawal permainan Kunai Case yang boleh mengubah ROG Phone 3 menjadi seakan sebuah Nintendo Switch. Ia turut boleh berfungsi sebagai sebuah alat kawalan jauh nirwayar sekiranya diperlukan.

image is not available

Seterusnya ialah kerangka Lightning Armour yang mempunyai lubang lampu pada panel belakang. Ia mengingatkan kami kepada sistem lampu di belakang komputer riba Zephyrus G14 yang dilancarkan baru-baru ini di Malaysia.

image is not availableAksesori skrin skuner TwinView dock juga dihasilkan yang membolehkan penstrim menjalankan permua dengan skrin sekunder untuk memaparkan skrin perbualan penonton. Akhir sekali ialah kipas penyejuk AeroActive yang memastikan peranti sentiasa di suhu optimum untuk mengekalkan kadar bingkai yang konsisten.