OnePlus Buds Turut Diperlihatkan – TWS Pertama OnePlus

TechnologyDigital
15 Jul 2020 • 12:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tadi kami laporkan mengenai rekaan sebenar dan juga prototaip OnePlus Nord. Ia diperlihatkan dalam video temu ramah Carl Pei dan MKBHD. Bagi mereka yang sudah menggunakan peranti mercu OnePlus, OnePlus Nord pasti akan diendahkan sahaja. Tetapi, TWS pertama OnePlus mungkin akan mengambil perhatian anda.

image is not available

Dalam video ini juga, jika anda perhatikan – Carl Pei sedang memakai sepasang set fon telinga nirwayar sebenar. Sekilas pandang, ia dilihat mirip dengan lakaran OnePlus Buds yang tertiris. Carl Pei dilihat menggunakan warna biru cair atau teal. Ini memberikan petanda yang OnePlus Buds akan mempunyai banyak pilihan warna seperti Bullets Wireless Z.

Nama OnePlus Buds ini juga telah sah, apabila Twitter OnePlus menciap mengesahkan aksesori audio ini akan dilancarkan bersama-sama dengan OnePlus Nord.