Acer Malaysia Menjangkakan Predator Gaming Chair x OSIM Akan Memasuki Pasaran Tempatan Pada Penghujung Suku Ketiga Tahun Ini

TechnologyDigital
29 Jul 2020 • 3:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan lalu, Acer telah memperkenalkan kerusi gaming terbaru mereka yang dibina dengan kerjasama bersama-sama jenama perkakasan mengurut OSIM yang dinamakan Predator Gaming Chair x OSIM.

Kerusi gaming tersebut mendapat sokongan yang hangat daripada golongan gamer dan juga peminat jenama Acer, khususnya kerana ia hadir dengan kebolehan untuk mengurut bahagian bahu dan juga belakang.

image is not available

Sewaktu acara media mengenai acara promosi Acer Day, pihak Acer Malaysia mengatakan bahawa mereka masih lagi sedang berbincang untuk membawa masuk produk tersebut untuk pasaran tempatan.

image is not available

Johnson Seet, Pengarah Bisnes dan Produk Pengguna mengatakan bahawa ada peluang untuk kerusi Predator Gaming Chair x OSIM tersebut untuk tiba di Malaysia pada penghujung suku ketiga tahun ini.

Dalam pada itu, Acer Malaysia juga sedang menunggu untuk pihak global mengesahkan pengeluaran jenama minuman gaming Predator Shot sebelum mengesahkan ia juga akan tiba untuk pasaran tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved