Oh…ini puncanya kaki lelaki berbau campuran keju, cuka

Health & Fitness
14 Jul 2020 • 5:13 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

GOLONGAN jejaka jangan sesekali ambil mudah perihal penjagaan diri khususnya pada bahagian kaki.

Jangan hanya menitiberatkan soal pakaian dan rambut semata-mata sehingga mengabaikan kebersihan kaki.

Memetik kenyataan kajian yang dijalankan oleh pihak Universiti Pittsburgh Medical Center di Amerika Syarikat, kaki berpeluh salah satu punca menyebabkan masalah kaki berbau.

Kelembapan pada kaki disifatkan mendorong kehadiran bakteria atau bahan kimia semula jadi yang mengeluarkan bau kombinasi ‘keju dan cuka’, ‘sulfur dan keju’ dan ‘kubis busuk serta cuka’.

Biarpun sebahagian besar jejaka menyifatkan kaki berbau bukanlah masalah utama, tetapi jika dicegah dengan segera akan menjejaskan penampilan peribadi.

Pada masa sama menimbulkan rasa kurang senang terhadap orang sekeliling.

Jom ikuti 3 tip mudah atasi masalah kaki berbau.

1) Air suam dan garam

image is not available

Rendamkan kaki di dalam bekas yang berisi air suam bersama secawan garam antara 15 hingga 20 minit.

Ini disebabkan garam dapat membantu mengurangkan kelembapan dan bakteria yang melekat pada lapisan kulit kaki.

Amalan itu boleh dilakukan setiap dua atau tiga kali seminggu.

2) Stoking kain kapas

image is not available

Dari segi pemilihan sarung kaki pastikan korang memilih stoking yang diperbuat daripada material kain kapas atau nilon.

Kedua-dua fabrik itu bertindak melindungi kaki daripada berpeluh dan ruang bernafas.

3) Jemur kasut

image is not available

Kasut yang digunakan selepas aktiviti riadah atau bersukan harus dibiarkan kering di kawasan bersuhu bilik bagi mengurangkan kelembapan akibat perpeluhan.

Elak jemur di bawah cahaya matahari terik kerana ia boleh menyebabkan kasut merekah dan cepat reput.

The post Oh…ini puncanya kaki lelaki berbau campuran keju, cuka appeared first on Sinar Plus.