
Terkini, Nubia turut mengumumkan peranti mereka seterusnya yang akan dijana dengan cip pemprosesan ini – iaitu Nubia Red Magic 5S. Di laman Weibo rasmi mereka, poster acah telah memperlihatkan slogan (diterjemah) “Beyond Plus”. Spesifikasi lanjut masih tidak diketahui, tetapi besar kemungkinan skrin kadar segar semula tinggi 144Hz, kipas penyejuk, lampu RGB dan harga mampu milik akan dikekalkan. Kita harus nantikan sahaja pengumuman lanjut.
