Realme dilihat begitu aktif dalam menghasilkan pelbagai produk baru dan kini tiga peranti misteri daripada mereka dikatakan telah melepasi laman 3C di China. Peranti-peranti tersebut muncul dengan kod nama RMX2121, RMX2111 dan RMX2112.


Namun begitu, model RMX2121 dikatakan telah ditemui di laman TEENA dengan sejumlah spesifikasi. Ia dipercayai menggunakan skrin 6.5-inci OLED dengan dimensi peranti berukuran 160.8 x 75.2 x 8.5mm. Ia juga dikhabarkan membawakan sokongan empat kamera utama.
Sekadar selingan, Realme juga dilihat cuba bersaing dalam segmen pengecasan pantas apabila dilihat akan memperkenalkan teknologi pengecasan pantas terbaru mereka. Teknologi ini dikatakan mungkin menyokong kadar pengecasan sehingga 125W.
