Mingguan Amanz – Nurflix, FlashCharge 125W, Xiaomi Mi TV Stick

TechnologyDigital
19 Jul 2020 • 1:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu ini menyaksikan sebuah lagi perkhidmatan penstriman diumumkan untuk pasaran Malaysia, iaitu Nurflix.

Selain daripada itu, beberapa pengeluar telah memperkenalkan perkhidmatan pengecasan pantas mereka tersendiri, menawarkan kelajuan pengecascan sehingga 125W.

Xiaomi pada minggu ini turut telah memperkenalkan sejumlah peranti dibawah ekosistem pintar untuk peranti berhubung.

Facebook minggu ini menyatakan hasrat memperkenalkan pesaing TikTok mereka tersendiri pada peringkat global dalam minggu-minggu akan datang.

Dan akhir sekali, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan sebuah bot melalui WhatsApp untuk menjawab sejumlah persoalan dengan mudah.