ASUS ROG Phone 3 dan Lenovo Legion Phone Duel adalah secara rasmi peranti Android yang paling berkuasa di pasaran kerana dilengkapi cip Snapdragon 865+. Ini membuatkan peranti untuk permua lain seperti Black Shark 3 Pro kelihatan “lemah” kerana sekadar dilengkapi Snapdragon 865. Namun begitu bukan lagi misteri Black Shark 3S dengan dibangunkan dengan cip Snapdragon 8765+.

Sebelum ini Black Shark 3 dan 3 Pro hanya dilengkapi skrin 90Hz sedangkan peranti Lenovo dan ASUS menggunakan skrin 144Hz. Tetapi model 3 Pro pula mempunyai kelebihan butang bahu fizikal pop naik fizikal yang lebih menarik berbanding butang sisi kapasitif pada dua pesaingnya.
