‘Sebak sayu tadi ziarah To’ki’ : Ebit Lew

LocalEntertainment
2 Jul 2020 • 7:15 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SEHARI selepas berita mengenai keadaan terkini To’ki yang hidup dalam keadaan daif tular di media sosial, pendakwah terkenal, Ebit Lew hadir menziarahi penyanyi itu.

Menurut Ebit, dia mengetahui nasib penyanyi lagu Biasan dan Seni Berzaman itu apabila dimaklumkan beberapa pengikutnya menerusi media sosial.

ARTIKEL LAIN :

Hidup dalam keadaan daif, To’ki tetap bahagia bersama isteri

Justeru dia tidak berlengah untuk menziarahi To’ki yang kini tinggal di sebuah pondok di pinggir hutan Batu 12 Gombak, Selangor sejak setahun lalu.

“Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Ramai tag saya di Facebook berita ini. Saya terus ke sana.

“Sampai je dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini. Sekali sampai pondok ini dah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sakit.

“To’ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat,” ujar Ebit membuka bicara.

image is not available
Selain berbual mesra dan berkongsi cerita, Ebit juga sempat menyuap makanan kepada To’ki.

Tambahnya, dari jauh To’ki sudah menyambutnya dan mereka seolah sudah lama berkenalan.

“Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal.

“Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz,” katanya.

Tidak hanya sekadar menziarahi, Ebit juga sempat memberikan sebuah peti ais dan mesin basuh untuk kegunaan suami isteri tersebut.

image is not available
To’ki sempat menghiburkan Ebit dengan beberapa buah lagu.

Bukan itu sahaja, Ebit juga berhasrat untuk menunaikan hajat To’ki untuk memasang tangki dan pam air bagi mendapatkan bekalan air dari sungai.

“Insya-Allah akan bantu untuk (pemasangan) tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh.

“Menerusi siaran langsung kami tadi Insya-Allah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik.

“Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang,” tulisnya yang mendapat reaksi poisitif daripada pengikut media sosialnya.

View this post on Instagram

Sebak sayu tadi ziarah To'ki. Best-best lagu. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai jer dah berdebar kata Allah kedalam juga ini. Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To'ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To'ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat. Dari jauh To'ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To'ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz. InsyaAllah akan bantu untuk Tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

The post ‘Sebak sayu tadi ziarah To’ki’ : Ebit Lew appeared first on Sinar Plus.