Video Promosi Samsung Galaxy Buds Live Pula Tertiris

TechnologyDigital
19 Jul 2020 • 9:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Buds Live adalah nama rasmi untuk fon telinga nirwayar terbaru daripada Samsung yang dikatakan akan muncul tidak lama lagi. Rekaannya yang berbentuk seperti kacang berjaya mencari perhatian ramai. Sekaligus, menunjukkan Samsung tidak meniru reka bentuk mana-mana fon telinga nirwayar sedia ada, sebaliknya membuat rekaannya yang tersendiri.

Kali ini, fon telinga ini telah diperlihatkan dalam sebuah video promosi ringkas. Ia memaparkan fon telinga ini akan hadir dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan gangsa. Video sepanjang 6 saat tersebut juga turut memberi bayangan bahawa fon telinga ini akan menampilkan sokongan pembatalan hingar aktif. Melalui video tersebut juga, kita dapat melihat rekaan penuh fon telinga ini berserta pod pengecasnya.

image is not available
Samsung Galaxy Buds Live dikatakan akan muncul seiring dengan pengenalan siri Samsung Galaxy Note20 pada 5 Ogos ini. Adakah anda teruja untuk ketahui lanjut mengenai penawarannya? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved