Isteri selamat bersalin, Shukri Yahaya timang anak kedua

20 Jul 2020 • 4:38 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON Shukri Yahaya berkongsi berita gembira baru sahaja menimang cahaya mata kedua, apabila isterinya, Tya Adnan selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.18 petang tadi.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya sebentar tadi, Shukri, 32,  turut berkongsi foto pertama bersama cahaya matanya itu.

“Alhamdulillah, hari ini Isnin 20 Julai, jam 2.18 petang, lahirlah adik lelaki Aaaira Ameena.

“Terima kasih pada uncles dan unties yang doa untuk kesihatan, keselamatan mommy Tya Adnan dan baby yang baru lahir ini.

“Harap ALLAH akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yang mendoakan, amin,” ujar hero hero drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu lagi.

Berita tersebut disambut dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan pengikutnya di ruangan komen hantaran tersebut yang berkongsi kegembiraan.

Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan dikurniakan seorang cahay mata perempuan yag kini berusia empat tahun.

 

(FOTO: Instagram Shukri Yahaya)

The post Isteri selamat bersalin, Shukri Yahaya timang anak kedua appeared first on Sinar Plus.