Tidak ramai orang mampu memiliki TV dengan skrin 4K pada waktu ini kerana harga jualannya yang masih agak tinggi. Harga jualan televisyen dengan saiz besar pula ada yang mencecah harga sebuah kereta sedan untuk kegunaan keluarga. Antara penyelesaian yang pernah dilakukan ialah menghasilkan set kepala yang memberi pengalaman yang sama menerusi skrin yang lebih kecil.
Cinera Edge ialah sebuah set kepal yang menawarkan pengalaman menonton skrin sebesar 1200 inci menerusi skrin dwi-skrin OLED setiap satunya beresolusi 2,560 x 1,440 pixel. Apabila digabungkan, pemakai Cinera Edge boleh menikmati skrin dengan resolusi gabungan hampir 5K lengkap dengan sokongan paparan 3D.

Dengan sistem operasi Android 7, pelbagai aplikasi boleh dimuat turun untuk menstrim video yang boleh ditonton. Selain itu terdapat sokongan audio Dolby Surround dan model Pro pula mempunyai input HMDI untuk memaparkan kandungan dari pemain Blu-Ray atau disambung kepada konsol permainan video.
Wayang boleh-pakai ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dibeli pada harga bermula $449 (~RM1921) sepasang.
