Suka Ambil Gambar? Korang Patut Cuba realme X50 Pro 5G Yang Bakal Dilancarkan Pada 6 Julai Ini

Digital
2 Jul 2020 • 1:19 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Memang tidak dapat dinafikan salah satu sebab orang ramai membeli telefon pintar adalah kerana fungsi kamera yang gempak dan juga kepantasan yang dari segi penggunaan yang tidak berat. Sebab itu dari hari ke hari rata-rata pengeluar telefon pintar berlumba-lumba untuk menghasilkan telefon terbaik dari setiap segi terutama kamera yang cantik dan juga kepantasan. 

Jika anda sedang mencari telefon yang mesra dengan poket anda, dan mempunyai ciri-ciri terbaik dari segi kamera dan kepantasan, ini merupakan berita baik untuk anda kerana Realme Malaysia kini telah mengumumkan mereka bakal membawa masuk Realme X50 Pro 5G bakal hadir untuk pasaran Malaysia pada 6 Julai 2020 ini.

image is not available

Ia sekaligus akan menjadi salah satu telefon pintar terbaik daripada realme untuk tahun ini. Paling menarik adalah ianya hadir dengan harga yang dikatakan mesra dengan duit dalam poket anda. 

Malah realme X50 Pro 5G akan hadir dengan skrin 6.44-inci Super AMOLED, menawarkan skrin 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3.0, dan bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 65W. Wow kan dah lah laju lepas tu nak cas pun cepat.

Paling menarik untuk mereka yang suka ambil gambar realme X50 Pro menggunakan lima kamera belakang gabungan 64MP + 12MP (telefoto) + 8MP (ultra-lebar) + lesa hitam-putih. Ia turut menyertakan dwi-kamera hadapan gabungan 32MP + 8MP (ultra-lebar).

image is not available

image is not available

Menurut hasil pencarian google juga yang sudah tersebar beberapa gambar realme X50 Pro memang cukup seksi dengan dua pilihan warna Hijau Lumut (Moss Green) dan Merah Karat (Rust Red). 

Cantik kan? Apa lagi anda yang berminat jangan lepaskan peluang untuk check out pada 6 Julai ini pada jam 11 pagi di facebook rasmi realme

Khabar angin tentang harga yang mula tersebar lebih kurang RM2,999. Harga sebenar boleh tunggu bila ianya dilancarkan tidak lama lagi dan jangan lupa stay tune kami akan buat satu lagi artikel mengenai review penuh realme X50 Pro selepas dilancarkan. 

Anda juga boleh mengikuti twitter rasmi realme Malaysia untuk dapatkan update terkini dari pihak realme.