India Mungkin Inginkan Akses Ke Kod Sumber Dan Algoritma Laman Edagang Di Negara Berkenaan

TechnologyDigital
6 Jul 2020 • 1:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

India merupakan salah satu negara yang kini sedang berkembang pesat dalam arena digital. Dengan bilangan rakyat melangkaui 1 bilion pengguna, ia turut menjadi sasaran pelbagai gergasi internet dalam mengukuhkan kedudukan mereka di negara tersebut.

Baru-baru ini, India telah mengumumkan mereka akan mengharamkan sejumlah aplikasi dari China disebabkan oleh kerisauan berkenaan privasi. Kini, selain daripadanya, kerajaan India dilaporkan sedang draf polisi baru yang memerlukan syarikat edagang untuk memberikan akses kepada kod sumber dan algoritma yang digunakan.

Langkah ini adalah dalam usaha unntuk mengelak sebarang kaedah berat sebelah digunakan dalam memasarkan atau menjual produk melalui sesuatu laman edagang – terutamanya laman yang mengintegrasikan pelbagai penjual dalamnya.

Buat masa ini, kerajaan India belum mengumumkan secara rasminya berkaitan perkara ini. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat – dan sekiranya berjaya, tidak mustahil kita melihat hal sama diikuti beberapa negara lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved