Apple Berkongsi Rekaan 13 Emoji Baharu Yang Akan Disokong iOS 14

TechnologyDigital
17 Jul 2020 • 8:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Untuk tahun 2020 sebanyak 62 emoji baharu akan diperkenalkan menerusi Unicode 13.0. Antara yang menarik perhatian ialah emoji selipar Jepun. teh boba, ninja, beruang kutub dan burung dodo. Apple hari ini mula berkongsi 13 daripada 62 emoji baharu yang akan disokong menerusi iOS 14 kelak.

image is not available
Walaupun 62 emoji disenaraikan, sebenarnya 117 emoji baharu boleh digunakan kelak sekiranya variasi warna kulit dan jantina untuk emoji tertentu diambil kira. Bagi yang tidak boleh meneka apakah maksud 13 emoji di atas, senarai lengkapnya adalah seperti di bawah.

  1. Dodo
  2. Patung bersarang Rusia
  3. Pinata
  4. Tamale
  5. Jari mencubit
  6. Boomerang
  7. Ninja
  8. Duit syiling
  9. Jantung
  10. Memerang
  11. Logo transgender
  12. Teh boba
  13. Paru-paru

View Original Article