Lenovo Legion Gaming Phone Akan Dilengkapi Motor Getaran Haptik Berkembar

TechnologyDigital
3 Jul 2020 • 6:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kalau kita perasan, peranti pintar yang memfokuskan permua pada ketika ini kebanyakan menggunakan satu motor getaran haptik. Tetapi, menerusi imej acah yang dikongsi Lenovo ia memberikan petanda Legion Gaming Phone akan dilengkapi dua motor getaran haptik.

image is not available

Melalui penawaran ini, kita dapat menjangkakan peranti ini bakal memberikan pengalaman permua yang lebih baik. Di mana, ia tidak hanya memberikan lebih getaran, sebaliknya pengalaman sentuhan juga akan lebih responsif. Desas-desus turut mengatakan ia juga akan disertakan dengan sejumlah kipas yang disesuaikan untuk keperluan pengalaman permua lebih baik. Ia mengingatkan kami kepada sistem dwi-motor haptik yang digunakan pada pengawal permainan Dual Shock 4 pada PlayStation 4.

Imbas kembali, Lenovo Malaysia pernah mengatakan mereka bakal memperkenalkan peranti ini pada tahun ini. Namun sehingga kini, kita masih berteka-teki mengenai kehadirannya.