Tronsmart Apollo Bold Dengan Sistem Pembatalan Hingar Hibrid Dilancarkan

TechnologyDigital
14 Jul 2020 • 11:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua tahun yang lalu idea sebuah fon telinga dengan sistem pembatalan hingar aktif dianggap sebagai mustahil sehinggalah diperkenalkan pada Sony WF-1000XM3. Sistem yang sama kemudian mula digunakan pada fon telinga lain di pasaran bagi memenuhi kehendak pengguna. Hari ini Tronsmart Apollo Bold telah dilancarkan pula dengan sistem pembatalan hingar hibrid.

image is not available
Menurut Tronsmart, Apollo Bold mampu mengurangkan hingar sehingga 35dB menerusi sistem pembatalan hingar aktif hibrid yang digunakan. Dua sistem pembatalan hingar akan menapis bunyi berfrekuensi rendah dan tinggi secara berasingan. Hasilnya ialah pengguna Apollo Bold akan dapat menikmati audio tanpa gangguan dengan lebih baik.

image is not available Menerusi cip Qualcomm QCC5124 pula audio dengan masa pendam rendah, menggunakan kuasa yang rendah dan pautan pantas dapat dinikmati. Dengan sekali caj pengguna boleh menikmati audio sehingga 10 jam ataupun 30 jam dengan pod pengecas berkapasiti 500 mAh. Pengecasan dapat dilakukan menerusi port USB-C sahaja dalam masa 2 jam.

Selain itu Apollod Bold turut menyokong sistem kawalan sesentuh pada tubuh dan melepasi piawaian kalis peluh IP45. Codec yang disokong pula ialah aptX, AAC dan SBC. Akhir sekali dengan sokongan bluetooth 5.0, tambatan boleh dilakukan sehingga jarak 15 meter. Sepasang Tronsmart Apollo Bold dijual pada harga RM439 dan akan memauski pasaran Malaysia bulan ini.