Bersedialah Malaysia… jerebu bakal menjengah

7 Jul 2020 • 11:41 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PADA awal bulan lalu, pemerintah Indonesia telah mengisytiharkan keadaan darurat kerana risiko kebakaran hutan meletus di negara mereka.

Lapor Mashable SE Asia, Pegawai Indonesia telah mengesan lebih dari seratus titik panas yang berpotensi menjadi kebakaran hutan yang penuh dan jenis api yang sama yang meletus di Kalimantan Tengah pada tahun lalu.

Kebakaran itu marak sehingga langit bertukar seakan kemerahan menyelimuti sebahagian besar Asia Tenggara dalam keadaan kabut asap atau lebih sinonim dipanggil jerebu.

Keadaan itu merupakan kejadian terburuk sejak 2015, sekitar 1.6 juta hektar hutan terbakar. Kali ini, pastinya ada kegusaran yang lebih dahsyat kerana negara itu tidak akan cukup mampu mengendalikan kebakaran berkenaan kerana sebahagian besar upaya dan dana mereka dialihkan bagi mengekang wabak Covid-19.

Ketua mitigasi bencana Kalimantan Tengah, Darliansyah mengatakan bahawa pegawainya telah mengesan lebih 700 titik panas di sekitar wilayah itu. Hotspot yang dikesan menggunakan satelit itu meramalkan berkemungkinan kebakaran hutan lebih tinggi berlaku.

Operasi itu akan berlangsung sehingga akhir bulan September, iaitu ketika musim kemarau akan berakhir.
Terdahulu, kabut asap sangat teruk telah berlaku sehingga sekolah-sekolah di seluruh Indonesia terpaksa ditutup.

Ia turut mempengaruhi negara-negara Asia Tenggara lain seperti Malaysia kerana Indeks Kualiti Udara berada dalam angka ratusan, yang dianggap tidak sihat dan tidak selamat untuk kumpulan tertentu.

Jadi, marilah kita berharap bahawa Indonesia dapat mengawal kebakaran itu sebelum ia tidak terkawal dan boleh menjejaskan kesihatan di negara-negara sempadan.

image is not available

The post Bersedialah Malaysia… jerebu bakal menjengah appeared first on Sinar Plus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved