Rekaan iQOO 5 Edisi BMW Diperlihatkan Dengan Panel Gentian Karbon

TechnologyDigital
12 Aug 2020 • 1:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tidak lama lagi, kita bakal melihat sebuah lagi peranti daripada iQOO menerusi pelancaran siri iQOO 5 pada 17 Ogos kelak. Dua model iaitu iQOO 5 dan iQOO 5 Pro dipercayai akan dilancarkan pada tarikh tersebut.

Namun begitu, ia tidak sekadar terhenti di situ sahaja dengan iQOO mempunyai kejutan lain. iQOO 5 disahakan akan turut akan dilancarkan dalam edisi khas BMW. Imej pengolokan rasmi edisi automotif ini telah dikongsi oleh pihak pengeluar.

image is not available

Edisi khas ini akan hadir dengan sokongan tiga kamera di belakang yang disusun secara menegak. Jika diteliti, turut dapat dilihat lensa ketiga adalah berbentuk empat segi – sekaligus mengesahkan penggunaan mekanisme periskop pada sistem zum yang berkemampuan tinggi. Panel belakang juga kelihatan seolah-oleh diperbuat daripada bahan gentian karbon yang digunakan pada kenderaan BMW berprestasi tinggi bagi mengurangkan berat tanpa kehilangan kekuatan struktur. Sebelum ini OnePlus ada menawarkan peranti edisi McLaren dengan kerangka diperbuat daripada gentian karbon juga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved