Roti sisir @roti balok mudah bikin, sedap

Cooking
19 Aug 2020 • 12:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PEMINAT roti yang suka memasak seharusnya mencuba resipi roti yang sudah semestinya istimewa ini. Rasanya yang lemak berkrim, sudah tentu Roti sisir atau dikenali dengan nama roti balok ini akan digemari.

Lebih menarik apabila dapat mencuba buat sendiri juadah untuk keluarga atau teman terdekat. Sedap juga kalau dapat makan panas-panas di musim hujan ni.

Lai lai meroti kita

image is not available
image is not available zaman sekarang semua di hujung jari antara rajin tak rajin je image is not available. Tak mampu nak join kelas PJJ manfaatkan teknologi yang sedia ada. Banyak resepi boleh kita cuba image is not available. Kuncinya jangan mudah give up. Practice makes perfect image is not available

Meh pakat buat roti sendiri image is not available senang je nak buat. Bahan-bahan pun yang biasa ada kat dapur kita je image is not available,” kongsi pemilik resipi.

Artikel berkaitan: ‘Layan’ bingka roti kukus, elak pembaziran. Mudah, pakai blender je!

𝗥𝗢𝗧𝗜 𝗦𝗜𝗦𝗜𝗥 @ 𝗥𝗼𝘁𝗶 𝗕𝗮𝗹𝗼𝗸 

BAHAN-BAHAN:

1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula

– campurkan bahan ni dan biarkan kembang

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 sudu teh dough softener

CARA-CARANYA: 

– Ramaskan bahan-bahan ni hingga jadi macam serbuk roti.
– Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
– Rehatkan doh hingga kembang, kemudian tumbuk-tumbuk bagi keluarkan angin. Biar kejap untuk kembang kali kedua dan tumbuk-tumbuk lagi keluarkan angin.
– Bulat-bulatkan doh besar ikut suka atau boleh timbang. Selepas itu gelek ketebalan ikut suka lipat dua susun rapat dalam loyang roti. Ulang buat hingga loyang penuh.

image is not available

– Rehatkan doh hingga kembang. Panaskan terlebih dahulu oven guna suhu 170′ selama 5 minit atau ikut oven masing-masing. ( Loopow guna oven kecik 23l image is not available)
– Sementara tu sapukan @ spray permukaan doh roti dengan campuran sebiji kuning telur + 2 tbsp fresh milk kacau rata.
– Bakar menggunakan api atas bawah guna suhu 170′ selama 25 minit atau sehingga masak.
– Rehatkan kejap roti dalamoven baru keluarkan terbalikkan kejap. Kemudian griskan dengan marjerin bagi roti cantik glowing gitu image is not available.

Selamat mencuba!

Kredit: Neny Lai Han‎ via BIKMM

The post Roti sisir @roti balok mudah bikin, sedap appeared first on Sinar Plus.