Kenapa perlu elak beli kasut pada waktu pagi?

Women's Fashion
8 Aug 2020 • 4:22 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

ADAKAH korang pernah berdepan situasi kaki melecet ataupun sakit apabila menyarungkan kasut yang baharu dibeli?

Lazimnya, ketidakselesaan itu bukan berpunca daripada sepatu tersebut, sebaliknya disebabkan individu memilih rekaan kasut yang tidak bersesuaian dengan bentuk kaki.

Perkara tersebut diakui oleh Perunding imej, Syaheerah Hanis Che Kamarudin menerusi laman sosial Facebook peribadinya.

Justeru, bagi mengatasi masalah itu, Syaheerah berkongsi tip memilih kasut mengikut keselesaan kaki.

image is not available

1. Elak membeli kasut pada waktu pagi.

2. Pastikan anda makan terlebih dahulu sebelum membeli.

3. Sebaik-baiknya membeli pada waktu petang kerana saiz kaki berada dalam keadaan yang sepatutnya (kembang) dengan baik.

4. Jika dibeli pada waktu pagi, kaki akan berasa sakit menjelang tengah hari hingga ke petang.

Maka, bermulalah pembaziran yang mana kasut berkenaan tidak akan dipakai, tetapi disimpan semula di dalam kotak.

5. Seterusnya, pilih muncung kasut yang bersesuaian dengan bentuk kaki sama ada A, B atau C.

image is not available

Gratitude yummi.club

The post Kenapa perlu elak beli kasut pada waktu pagi? appeared first on Sinar Plus.