TikTok Mungkin Memfailkan Saman Ke Atas Pentadbiran Trump Seawal Selasa Ini

TechnologyDigital
9 Aug 2020 • 1:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada penghujung minggu lepas, kerajaan Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan akan mengharamkan aplikasi TikTok sekiranya ia tidak dijual kepada syarikat tempatan.

Kini, lanjutan daripadanya, mengikut laporan NPR, TikTok dikatakan mungkin memfailkan saman ke atas pentadbiran Donald Trump seawal 11 Ogos ini.

Saman ini dikatakan akan mengambil kira beberapa perkara, termasuk kerana TikTok tidak diberikan peluang untuk memberikan respon mereka, selain mengatakan TikTok membawa kepada masalah sekuriti adalah hanya sekadar spekulasi tanpa bukti yang kukuh.

Buat masa ini, tiada sebarang komen rasmi daripada pihak TikTok ataupun kerajaan Amerika Syarikat berkaitan hal ini. Namun, mungkin ini adalah salah satu langkah yang diambil TikTok untuk menghalang ia diharamkan – sekiranya Microsoft tidak mengambil-alih operasi syarikat berkenaan.

TikTok sendiri sebelum ini telah beberapa kali mengatakan mereka tidak berkongsi data dan tidak pernah membuang kandungan atas arahan kerajaan China.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved