Rekaan ZTE Axon 20 5G Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan

TechnologyDigital
18 Aug 2020 • 5:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas berkongsi mengenai tarikh pelancaran untuk ZTE Axon 20 5G. Kali ini, kita telah mula diacah dengan reka bentuknya pula. Beberapa imej pengolokan telah tertiris memperlihatkan rekaan peranti pada paparan hadapan dan panel belakang.

image is not available

Disebabkan peranti ini hadir dengan sokongan teknologi kamera swafoto di bawah skrin. Jadinya, ZTE Axon 20 5G dibekalkan dengan skrin penuh tanpa sebarang takuk ataupun lubang. Pada bahagian belakang empat kamera utama disusun menegak di dalam bonggol yang agak besar. Kesemua saiz lensa nampaknya sekata.

Konfigurasi kamera masih belum diketahui. Namun, terdapat khabar angin mengatakan ia mungkin membawakan lensa utama 64-Megapixel dan kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel. Dalam perkembangan lain, ZTE Axon 20 5G dikatakan hadir dengan sokongan rangkaian 5G secara terbina.