Tip servis aircond di rumah hanya guna remote sahaja. Mudah jer rupanya.

Entertainment
29 Aug 2020 • 10:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

CUACA sekarang sangat panas. Kalau dapat penghawa dingin atau kita biasa sebut aircond supaya lebih mudah faham, tentu best.

Tapi aircond tu kenalah servis selalu. Kalau tak servis tak sejuk la dia.

Mungkin ramai yang ingat mahal nak servis aircond ni tapi tahu tak rupa-rupanya, kita boleh servis aircond sendiri hanya dengan menggunakan remote sahaja. Mudah kan?

Caranya adalah selepas gunakan aircond pada waktu malam, jangan sesekali matikan terus aircond tersebut sebaliknya ini langkah penting yang perlu tahu.

Teknik-teknik bersihkan aircond mudah di rumah:

  • Tetapkan mode daripada ‘cool’ ke mode ‘fan’ dan ubah kelajuan kipas ke tahap paling tinggi.
  • Biarkan ia berfungsi selama 15 minit.
  • Kemudian matikan aircond.

Mengapa perlu tetapkan ke mode ‘fan’?

Tujuannya adalah untuk mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.

Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit aircond dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat yang disebabkan oleh debu, kotoran dan kelembapan.

Namun begitu, sedikit pesanan buat orang ramai, jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode ‘cool’ apabila menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.

Kredit: Malaysia Viral Story

The post Tip servis aircond di rumah hanya guna remote sahaja. Mudah jer rupanya. appeared first on Sinar Plus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved