Honor Watch GS Pro Akan Dilancarkan Pada 4 September Kelak

TechnologyDigital
21 Aug 2020 • 2:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Watch GS Pro baru sahaja muncul dalam sebuah poster acah dan ia telah menjadi bualan terbuka ramai pihak. Enggan terus berteka-teki, Honor kini dilaporkan telah mula berkongsi mengenai tarikh pelancarannya pula.

image is not available

Acara pelancaran untuk jam pintar ini dijadualkan berlangsung pada 4 September depan seiring dengan pameran IFA 2020. Seperti pendahulunya, Honor Watch GS Pro juga dijangka akan dilengapi fungsi yang memfokuskan kepada sukan dan pastinya juga tahan lasak. Namun begitu, maklumat lanjut mengenainya masih belum diketahui buat masa ini.

Dalam pada itu, Honor juga dikatakan bakal memperkenalkan barisan komputer riba baru mereka yang dikuasakan dengan pemprosesan siri AMD Ryzen 4000 pada acara yang sama.

Bertemakan “Expand Your Life“, Honor telah mengesahkan bahawa mereka akan mengambil bahagian dalam pameran IFA 2020 yang akan berlangsung pada 3 – 5 September hadapan. Namun begitu, berbeza pula dengan Samsung yang dilaporkan tidak akan menghadiri acara ini.