MYHackathon Mengalakkan Anda Untuk Hadir Dengan Penyelesaian Mendigitalkan Perkhidmatan Kerajaan

TechnologyDigital
28 Aug 2020 • 12:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti dijanjikan, hari ini program MYHackathon telah diumumkan, iaitu salah satu usaha untuk mengalakkan para pembangun, syarikat pemula dan sebagainya hadir dengan idea dan penyelesaian untuk mendigitalkan perkhidmatan kerajaan.

Pada hari ini, ia dikatakan hanya sekitar 52% perkhidmatan kerajaan yang ditawarkan secara atas-talian sepenuhnya. Sementara berbaki 48% masih tidak ditawarkan secara atas-talian, atau tidak menawarkan perkhidmatan digital sepenuhnya.

Seperti ramai sedia maklum, penularan wabak Covid-19 telah membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan, sekaligus membuatkan permintaan perkhidmatan secara digital meningkat drastik.

Melalui MYHackathon, kerajaan ingin orang ramai mahupun syarikat pemula untuk membangunkan penyelesaian dan menambah-baik lagi perkhidmatan kerajaan dalam dunia digital hari ini.

MyHackathon ditawarkan dalam dua pilihan, iaitu “Sprint” dan “Marathon”. Pilihan “Sprint” lebih ditujukan untuk pembangunan jangka masa pendek, sementara “Marathon” untuk pembangunan idea sehingga penubuhan syarikat dan penerimaan geran.

Untuk Sprint, ia menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM10,000, sementara untuk Marathon ia menawarkan geran sehingga RM250,000.

Bagi anda yang berminat, boleh menyertai MYHackathon bermula 12 September ini.

Layari : MYHackathon

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved