Tak Gemar Berhutang, Masya Masyitah Beli Rumah RM300,000 Cash

Business & Finance
26 Aug 2020 • 6:37 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Baru berusia 19 tahun namun penyanyi Masya Masyitah sudahpun mempunyai rumahnya sendiri.

Lebih menarik, rumah kondominium berharga RM300,000 tersebut yang baru dibelinya disekitar penghujung tahun lalu difahamkan dibeli secara tunai memandang dia tidak gemar berhutang

image is not available

Memtetik laporan Astro Gempak, Masya menggunakan wang tabungannya hasil dari beberapa beberapa pertandingan nyanyian yang pernah dimenanginya sebelum ini.

image is not available

“Saya tak suka nak berhutang sebab nanti kena bayar ‘bunga’. Jadi saya pilih untuk beli secara tunai sahaja rumah tersebut.
 
“Itu merupakan duit yang saya kumpul sejak kecil lagi. Bila menang, dapat duit saya akan simpan di ASB  (Amanah Saham Bumiputera). Jadi di situ dapatlah dividen setiap tahun,” katanya kepada Astro Gempak.

Jelas juara program Ceria PopStar 2014 dia kebiasaannya akan berjaya memperoleh RM5,000 dari setiap pertandingan tersebut.

image is not available

“Kalau program pertandingan nyanyian di televisyen, lagi tinggi jumlah yang dapat sehingga RM20,000,” kata Masya lagi.

Namun bagi pembelian kereta pula dia mengikut saranan ibunya untuk tidak membayar secara tunai.

Cuma, masa beli kereta, ibu saya nasihat untuk tidak bayar secara tunai. Kalau ikutkan saya menang nak bayar tunai sahaja.
 
“Katanya, bimbang kalau saya nanti mungkin nak tukar kereta kemudian hari,” jelasnya.

Untuk tour rumahnya tengok video di bawah :

View Original Article