Netizen Lancar Petisyen Mohon Ajai Disingkirkan Dari Menjadi Juri Bigstage

Entertainment
17 Aug 2020 • 2:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Nama komposer dan penyanyi, Ajai atau nama betulnya Faizal Maas hangat diperkatakan di Twitter sejak dari malam tadi .

Semuanya gara-gara tindakannya memberikan markah serendah 2% kepada salah seorang peserta program realiti nyanyian Big Stage 2020 iaitu, Dr Hafiz Zainal pada persembahan minggu pertama rancangan tersebut.

Bukan itu sahaja dia kemudiannya dilihat mengkritik peserta berkenaan dengan kata-kata yang jelas menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan netizen.

“Awak nyanyi saya tak perlu bagi apa-apa points, I’m sorry for that. Sebab dari mula sampai akhir, sumbang! Awak salah rumah. Saya nak tanya peribadi, awak tahu tak yang awak sumbang?

image is not available

“Make sure bila sumbang tu jangan sambung balik key yang tu. Biar awak diam pun tak apa. Sampai awak dapat the right key. Lagi nampak awak cantik atau pun awak pengsan lagi best” komen Ajai.

Kesal dengan kata-kata pedasnya, satu persatu netizen meluahkan rasa berangnya dan da meminta agar Ajai yang merupakan juri tetap bagi program tersebut untuk dikeluarkan dan dibuang dari barisan juri.

Perkara tersebut kemudianya menyebabkan nama Ajai menjadi antara yang paling trending di laman Twitter Malaysia

image is not available

Kemarahan netizen tidak berhenti disitu sahaja, seorang dari mereka kemudiannya melancarkan petisyen yang meminta penganjur, Astro untuk mengeluarkan Ajai dari rancangan tersebut.

image is not available

image is not available

Setakat artikel ini ditulis petisyen berkenaan sudah berjaya mengumpul 4,000 tandatangan.

Namun difahamkan Ajai dan Hafiz sudahpun bersemuka sejurus tamatnya konsert minggu pertama tersebut malah sudahpun menerangkan keadaan sebenar. Perkongsian dari Hlive turut menunjukkan tiada sebarang salah faham atau terasa hati di antara mereka.

View this post on Instagram

@byajai bersama @drhafizzainal selepas minggu 1 Big Stage 3, kata kata Ajai mungkin sedikit kasar, ini adalah untuk peserta-peserta Big Stage belajar dari kesilapan dan buat persembahan yang terbaik untuk minggu hadapan 🤗 #bigstage2020 #dominasibbnustepup

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Tonton video nyanyian Hafiz Zainal dibawah :

View Original Article