Motorola Hadir Dengan Kerusi Boleh Kembung Tersendiri – Minnidip x Razr Ch(air)

TechnologyDigital
17 Aug 2020 • 11:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Motorola akan melacarkan sesuatu pada 9 September ini. Ia dikhabarkan adalah Razr 5G dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G. Secara keseluruhan ia dikatakan akan kekal sama seperti skrin 6.2-inci Flex View P-OLED, skrin kedua Quick View G-OLED 2.7-inci dan lensa 48MP untuk kamera utama serta 20MP untuk swafoto.

image is not available

Sebagai promosi awal bagi pelancaran produk ini, Motorola bekerjasama dengan Minnidip – iaitu syarikat yang mengeluarkan banyak produk seperti kolam boleh kembung. Melalui kerjasama ini, mereka hadir dengan sebuah kerusi boleh kembungMinnidip x Razr Ch(air). Kerusi ini menggunakan warna cerun emas lembut metalik (blush gold), yang mana mungkin adalah salah satu warna bagi peranti baru Motorola nanti. Rekaan kerusi ini memberi ilusi seakan sofa yang terapung.

image is not available

Kerusi ini turut mempunyai tempat letak tangan dengan ruang meletakkan peranti. Ia direka untuk digunakan berdekatan dengan kolam, kerana Minnidip adalah syarikat yang menghasilkan kolam boleh kembung. Tetapi, kerusi ini tidak boleh digunakan di atas air – begitu juga dengan Moto Razr 5G nanti yang pasti tidak akan menyokong perlindungan IP.

Kerusi ini dijual pada harga $70 (~RM293), dan pembeli akan menerima baucar diskaun $200 (~RM837) untuk membeli Motorola Razr. Ini bermakna pembelian peranti ini kelak boleh mendapat penjimatan sekitar RM544. Jika peranti Motorola ini kekal dijual pada harga $1499 (~RM6275), pengguna mungkin boleh membeli pada harga sekitar RM5731.

View Original Article