Aplikasi khas jaga diet, kesihatan si bulus

24 Aug 2020 • 10:50 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

ROYAL Canin Malaysia baru-baru ini melancarkan aplikasi Royal Canin Club dalam usaha mendidik dan membimbing orang ramai mengenai amalan terbaik menjaga haiwan peliharaan masing-masing.

image is not available

Ketua Pasaran Royal Canin Malaysia, Dmitriy Sokolov, menerusi aplikasi itu, pelbagai kandungan yang informatif dan menarik seperti diet, pemakanan, kesihatan, pencernaan, penjagaan peringkat neonatal hingga penuaan, penjagaan kulit dan bulu, latihan, tingkah laku termasuk kesihatan boleh diakses.

“Rakyat Malaysia gemar menjaga haiwan peliharaan. Namun, tidak semua pemilik haiwan dilengkapi dengan pendidikan yang betul mengenai cara menjaga haiwan mereka. Oleh itu, aplikasi Royal Canin Club dicipta untuk dijadikan panduan mudah alih kepada mereka,“ katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Sokolov, terdapat kira-kira 2.2 juta kucing di bawah jagaan pemilik haiwan peliharaan di Malaysia. Antara baka kucing paling popular ialah Parsi, Siam dan Bulu Pendek British.

The post Aplikasi khas jaga diet, kesihatan si bulus appeared first on Sinar Plus.