Acer tawar pelitup muka versi Predator

3 Aug 2020 • 2:45 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

ACER Malaysia semalam baru sahaja mengumumkan pengenalan kempen ‘Acer Super Brand Day’ yang mana melalui kempen tersebut, sejumlah produk Acer ditawarkan pada harga diskaun khas buat para pengguna.

Menariknya, bersama-sama pengenalan produk Acer, mereka turut memperkenalkan beberapa produk berbentuk gaya hidup atas jenama Predator. Salah satunya adalah pelitup muka versi Acer Predator.

Pastinya pelitup muka tersebut bakal mendapat tempat dalam kalangan golongan muda terutama peminat permainan video.

Mana tidaknya, jenama Predator sangat sinonim dikaitkan dengan ‘kaki game’ yang didakwa berstatus ‘bangsawan’ dan kebanyakannya dimonopoli oleh golongan anak muda.

image is not available

Pelitup muka Acer Predator tersebut hadir dengan sokongan untuk dibasuh dan digunakan, selain menyertakan bahagian penapis yang boleh ditukar ganti.

Harga pengenalan yang ditawarkan adalah RM49 untuk pasaran Malaysia, tetapi untuk Acer Super Brand Day, pelitup muka ini ditawarkan pada harga diskaun, iaitu RM39.

Lebih baik pakai mask daripada kena denda RM1,000.

Stream sambil pakai face mask macam ni pun style juga.

The post Acer tawar pelitup muka versi Predator appeared first on Sinar Plus.