Neelofa letak jawatan pengarah AirAsia

Politics
21 Aug 2020 • 7:13 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

AirAsia Bhd mengumumkan aktres dan pengacara TV Noor Neelofa Mohd Noor meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya.

AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos, 2020, daripada Neelofa pada 19 Ogos, 2020.

Menurut syarikat itu Neelofa menyatakan “komitmen peribadi lain” sebagai alasan bagi peletakan jawatan beliau.

Neelofa, 31, dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Disember 2017.

Sumber : Bernama

The post Neelofa letak jawatan pengarah AirAsia appeared first on Sinar Plus.