Touch n Go Dan EZ-Link Mengumumkan Kerjasama Kad Bayaran Tol Dwi-Matawang

TechnologyDigital
18 Aug 2020 • 5:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Touch n Go dan EZ-Link, dua syarikat pembayaran nirsentuh dari Malaysia dan Singapura baru-baru ini mengumumkan kad pembayaran nirsentuh Touch n Go x EZ-Link yang mengandungi dua dompet digital yang boleh menyimpan dua matawang sekaligus.

Kerjasama ini pernah diumumkan sebelum ini oleh kedua-dua syarikat, dan hari ini merupakan hari pertama ia mula dijual di kedai atas-talian Lazada Singapura pada harga $7 (~RM21) tanpa sebarang kredit didalamnya. Ia kemudiannya akan dijual di kedai 7-11 di Singapura pada harga $10 (~RM30) dengan kredit $3 (~RM9).

image is not available

Menurut EZ-Link, kad ini boleh digunakan untuk membayar tol ERP (Electronic Road Pricing), tol pusat pemeriksaan dan beberapa kawasan tempat letak kereta yang menyokong penggunaan EZ-Link.

Untuk Malaysia pula, kad ini boleh digunakan untuk membayar tol, pengangkutan awam seperti bas dan keretapi, dan juga tempat letak kereta yang menyokong pembayaran menggunakan Touch n Go.

Kedua-dua matawang ini boleh ditambahkan di Malaysia dan Singapura di lokasi-lokasi penambahan kredit sedia ada. Sayangnya buat masa ini, kad ini hanya boleh dibeli melalui pasaran Singapura sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved