DJI ialah syarikat yang mendemokrasikan teknologi dron kepada umum. Dron keluaran mereka dijual pada harga yang lebih rendah berbanding sebelumnya dan sekaligus mencipta pasaran untuk dron fotografi serta videografi. Pasaran seterusnya yang ingin mereka ubah ialah robot untuk pendidikan dengan pelancaran RoboMaster EP Core.
Ini ialah robot kedua keluaran mereka selepas DJI RoboMaster S1. Seperti S1, EP Core ingin menggunakan robot bukan sahaja untuk meningkatkan pemahaman dunia robotik tetapi juga pengaturcaraan di kalangan pelajar sekolah. Kali ini robot yang dihasilkan adalah lebih besar dengan lebih banyak aksesori tambahan bagi membolehkannya melakukan lebih banyak tugasan.

Dengan pelancaran Robomaster EP Core, DJI Education juga ditubuhkan khusus untuk menghasilkan robot yang digunakan untuk pendidikan.


