CEO Razer – Kerusi Gaming Kebanyakan Tidak Baik Untuk Belakang Anda

TechnologyDigital
13 Aug 2020 • 6:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Razer ialah sebuah syarikat teknologi yang memfokuskan kepada pembangunan peranti dan aksesori untuk industri gaming seperti komputer riba, papan kekunci, tetikus, fon kepala dan sebagainya.

Terkini, melalui sebuah pos di Facebook, Tan Ming-Liang, CEO Razer mengatakan bahawa kerusi gaming kebanyakannya sebenarnya tidak begitu bagus untuk postur dan tulang belakang anda.

Malah, dia mengatakan bahawa oleh kerana sebuah kerusi gaming, dia mengalami isu sakit belakang ataupun slipped disc dan terpaksa pergi berjumpa doktor kerana isu tersebut.

Tan Ming-Liang mengatakan lagi bahawa jika anda ingin membelanjakan wang untuk sebuah kerusi yang selesa, anda patut mencari sebuah kerusi yang benar-benar ergonomik dan direka khusus dengan sokongan tulang belakang yang baik.

Menariknya, dia juga mengatakan bahawa Razer kini sedang menyelidik pembinaan kerusi ergonomik dengan saintis-saintis mereka, jadi mungkin semua ini adalah satu taktik untuk CEO Razer ini untuk mengacahkan kerusi gaming keluaran mereka sendiri.

Pada hemat kami, jika anda benar-benar ingin berbelanja untuk sebuah kerusi gaming yang benar-benar direka oleh pakar, mungkin anda boleh memikir untuk mendapatkan kerusi Logitech dan Herman Miller ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved