Walmart Dikatakan Akan Bekerjasama Dengan Microsoft Untuk Pembelian TikTok

TechnologyDigital
28 Aug 2020 • 6:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam kami telah melaporkan bahawa ByteDance sedang dalam persediaan untuk menjual pegangan mereka keatas aplikasi TikTok ke pihak Microsoft.

Menariknya, Microsoft bukanlah satu-satunya syarikat yang akan mengambil-alih perkhidmatan video pendek tersebut. CNBC turut melaporkan bahawa Walmart juga akan membeli sebahagian daripada pegangan keatas TikTok menjelang tarikh akhir penjualannya pada 15 September sebelum ia diharamkan sepenuhnya oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Menurut Axios, campurtangan Walmart juga akan menambahkan ciri e-dagang didalam aplikasi TikTok untuk pencipta kandungan dan pengguna-pengguna aplikasi ini seperti apa yang dilakukan oleh ByteDance untuk pasaran China.

Apapun, buat masa ini, ketiga-tiga pihak ini masih belum menandatangani apa-apa perjanjian berkenaan pengambil-alihan TikTok. Seperti apa yang dikatakan sebelum ini, syarikat-syarikat ini masih ada sekitar dua minggu sehingga 15 September kelak untuk membuat keputusan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved