HMD Global hari ini telah mengumumkan suntikan dana baru, bernilai sekitar $320 juta. Pelaburan baru ini turut menerima penyertaan beberapa pelabur strategik, termasuk Google, Qualcomm dan juga Nokia.
Bagi yang tidak mengenali akan HMD Global, ia merupakan syarikat khusus yang mempunyai lesen eksklusif untuk telefon pintar Nokia.

Dengan pelaburan baru ini, HMD Global ingin menggunakannya dalam pembangunan telefon 5G, selain turut meggunakannya untuk memperluaskan pasaran peranti Nokia ke negara-negara baru dan sedia ada.
HMD Global mengatakan mereka telah menjual 70 juta telefon pintar pada tahun lepas, dan sekitar 240 juta telefon pintar sehingga ke hari ini.
