[VIDEO] Melaka dilanda ribut teruk, warganet kongsi rakaman kejadian yang mendebarkan

11 Aug 2020 • 3:45 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

DAHSYATNYA kejadian ribut yang melanda negeri Melaka pagi tadi. Banyak perkongsian video dan foto dalam kalangan warganet tentang kejadian yang sememangnya tidak disangka sampai sebegitu sekali.

Bumbung rumah banyak yang tercabut. Antara yang teruk terjejas ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Malim yang mana enam muridnya mengalami cedera ringan, luka-luka di kepala dipercayai dihempap siling.

image is not available
Akibat kejadian ribut di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Malim.

Sementara itu, 22 murid sekolah itu turut diberikan rawatan oleh petugas keselamatan ekoran mengalami trauma, lapor berita tempatan.

Banyak gerai tepi jalan yang diterbangkan angin. Lebih mengejutkan pokok-pokok juga banyak yang tumbang menyembah bumi.

Lebih malang kepada pemilik-pemilik kereta dan motosikal apabila banyak kenderaan yang rosak akibat ditimpa pokok dan bumbung.

image is not available

image is not available

Setakat ini jumlah keseluruhan kerugian belum dapat dipastikan.

Kredit vid : GENG MELAKA

Posted by Mfd Crew on Monday, 10 August 2020

Kredit: GENG MELAKA

kredit vid : ?

Posted by Mfd Crew on Monday, 10 August 2020

Kepada mereka yang mengalami kerugian dan kerosakan harta benda akibat kejadian alam ini moga bertabah. Pada yang kurang berkemampuan moga dapat dibantu. -AG

Gratitude yummi.club

The post [VIDEO] Melaka dilanda ribut teruk, warganet kongsi rakaman kejadian yang mendebarkan appeared first on Sinar Plus.