Mi Share PC Mula Diperlihatkan – Fungsi Seakan Microsoft Your Phone Khusus Untuk Peranti Xiaomi

TechnologyDigital
27 Aug 2020 • 2:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft Your Phone adalah perisian yang memudahkan tugasan harian pengguna lebih efisien. Salah satu daripadanya adalah untuk perkongsian fail, melancarkan aplikasi Android melalui Windows, membalas SMS, mengawal media dan banyak lagi. Manakala, Huawei pula mempunyai perisian tersendiri seperti Huawei Multi-Screen Collaboration  – yang boleh terus memaparkan skrin telefon terus ke skrin komputer.

image is not available

Terkini, Xiaomi telah memperlihatkan fungsi yang sama seakan Microsoft dan Huawei melalui perisian Mi Share PC dan aplikasi Xiaomi Device Control. Xiaomi Device Control buat masa ini terhad kepada MIUI 12 beta China khusus untuk Mi 10 Ultra dan juga Redmi K30 Ultra, yang mana hanya boleh digunakan bersama-sama dengan komputer riba Mi Notebook Pro 15 2020. Antara fungsi yang boleh digunakan adalah seperti berikut;

  • Memaparkan skrin telefon ke skrin komputer
  • Pemindahan fail antara telefon dan komputer
  • Membuka banyak tetingkap aplikasi pada telefon terus ke skrin komputer
  • Sunting fail dalam telefon terus dari komputer

image is not available

Disebabkan ia masih lagi dalam ujian, tidak pasti bila ia akan diperkenalkan kepada umum. Tetapi, kelak selepas stabil ia mungkin akan hadir kepada lebuh banyak telefon Xiaomi dan lebih banyak komputer Windows.