Ernie Zakri, Syamel bertunang

LocalEntertainment
16 Aug 2020 • 1:33 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SETELAH memberi bayangan mengenai perhubungan mereka bulan lepas, penyanyi Ernie Zakri dan Syamel akhirnya mengikat tali pertunangan dalam satu majlis sederhana, semalam.

Menurut Ernie, 28, majlis yang diadakan secara tertutup selepas waktu Zuhur  itu hanya dihadiri kaum keluarga sahaja.

“Majlis pertunangan itu diadakan secara tertutup dan privasi dengan kehadiran kaum keluarga sahaja. Malah kawan-kawan pun taka da yang hadir kerana kami lebih selesa begitu.

“Persiapan juga diadakan seringkas mungkin dengan bantuan perancangan perkahwinan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya mengenai majlis perkahwinan mereka, Ernie berkata, belum ada tetapan tarikh setakat ini, namun majlis dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

“Insya-ALLAH kami akan disatukan tahun hadapan. Cuma bila itu belum ada tetapannya lagi. Insya-ALLAH selepas semua telah pasti menerusi perbincangan kedua-dua belah keluarga, kami akan kongsikan butirannya,” jelas pelantun Ku Bersuara itu.

Sebelum ini, Ernie, memberi bayangan akan menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan sekiranya tiada halangan.

Biarpun tidak menyebut nama ataupun gerangan pasangannya, Ernie bagaimanapun tidak menafikan Syamel, 27, adalah insan istimewa disisinya.

Apatah lagi, pasangan duetnya menerusi lagu Aku Cinta itu mempunyai ciri-ciri suami idamannya, antaranya menghormati kedua-dua ibu dan bapa.

View this post on Instagram

Alhamdulillah.Terima kasih mendoakan yang baik baik untuk kami. Semoga dipermudah urusan hingga akhir hayat. Semoga perjalanan yang bermula dengan majlis pertunangan yang sederhana bersama kaum keluarga ini diredhai dan diberkati. Wedding Planner :@ellysia.etc Wedding dais & decor: @ellysia.etc Coordinator: @ellysia.etc Photo by: @sweetpictures_kl Video by : @sweetpictures_kl Catering: @zai.serigemilang Kerusi Meja : @afk_canopyevent Hand Bouquet: @duuurii_ Hantaran: @duuurii_ Syamel’s Make Up: @fendisani

A post shared by @ syamel_official on

Gratitude yummi.club

The post Ernie Zakri, Syamel bertunang appeared first on Sinar Plus.

View Original Article