Bendera 50 meter guna jahitan tangan, anggota APM sukarela sumbang masa, tenaga

22 Aug 2020 • 1:50 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BENDERA sepanjang 50 meter yang dipasang sepanjang pagar pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor sempena bulan kemerdekaan ini rupa-rupanya ada kisah tersendiri.

Masakan tidak, 50 Jalur Gemilang yang dijahit secara manual dan disambung-sambung itu hasil tangan anggota APM Kuala Selangor yang meluangkan masa menyiapkannya dalam tempoh tiga hari.

image is not available

Jika melalui jalan utama dari pekan Kuala Selangor menuju Pusat Pelancongan Bukit Melawati Kuala Selangor, pasti mata tertancap dengan bendera tersebut.

Menjadi satu kelainan bagi sambutan kemerdekaan kali ini apabila bendera Jalur Gemilang bukan sahaja dikibarkan bahkan dijahit dengan penuh teliti.

Apa tidaknya, setiap anggota membuat kutipan secara sukarela dan menyumbangkan masa yang terluang semasa tiada kes. Bendera pula dijahit secara bergilir gilir oleh setiap anggota yang berkelapangan.

image is not available

Meskipun agak sukar untuk mengumpulkan semua anggota dalam satu masa dek kerana kekangan tugasan secara giliran, tetapi semuanya tidak mustahil.

Idea kreatif itu menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal sebagai bukti semangat kerjasama dan cintakan negara.

image is not available

“Saya memang menggalakkan aktiviti seumpama ini kerana melambangkan semangat berpasukan dan secara sukarela menyiapkan bendera untuk dipasang di pejabat dengan pendekatan luar biasa.

“Kami mampu menunjukkan semangat dan  cintanya pada negara selain berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan, sayangi negara juga adalah prinsip Rukun Negara yang kami julang sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

The post Bendera 50 meter guna jahitan tangan, anggota APM sukarela sumbang masa, tenaga appeared first on Sinar Plus.