YouTube Music Menguji Kemampuan Memainkan Muzik Dari Senarai Main Melalui Google Assistant

TechnologyDigital
11 Aug 2020 • 11:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelik bukan? Walaupun YouTube Music adalah produk dari Google dan salah satu daripada perkhidmatan penstriman muzik lalai yang terbina dalam Google Assistant – banyak kawalan terhad berbanding dengan apa yang boleh diarah kepada Spotify. Hanya baru-baru ini, Google mengemaskini di laman sokongan pengguna – yang mereka sedang menguji kemampuan Google Assistant untuk memainkan muzik dari senarai muzik YouTube Music pengguna.

image is not available

Dengan hanya menyeru “Hey Google, play recommended music from YouTube Music”, Google akan mencari muzik terbaik mengikut citarasa pengguna berdasarkan sejarah muzik yang pernah dimainkan. Kemudian, jika pengguna ada senarai main tersendiri mereka turut boleh cuba mengarah Google Assistant untuk melalukan sedemikian. Jadi pengguna yang ada paparan pintar seperti Nest Hub atau pembesar suara pintar seperti Nest Mini akan dapat manfaat ini. Cuma, sayang sekali ujian ini terhad kepada pengguna Amerika Syarikat terlebih dahulu.