Dayana Roza kini tunangan orang

Entertainment
6 Aug 2020 • 9:01 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON Dayana Roza selamat melangsungkan majlis pertunangannya bersama lelaki pilihan yang juga seorang usahawan, A’dale Adham Ayahudin, 33, di Damai Glasshouse, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Pada majlis yang diraikan secara sederhana itu, Dayana atau nama lengkapnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 29, menerima tiga dulang hantaran berbalas lima.

Saling mengenali sejak enam tahun lalu, pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf itu merancang untuk melangsungkan majlis pernikahan pada penghujung tahun ini.

“Kalau boleh majlis perkahwinan nak langsung secepat mungkin kerana datuk A’dele tak berapa sihat.

“Jadi kami merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada pertengahan Disember depan. Semoga dipermudahkan,” katanya yang dipetik daripada Media Hiburan.

 

(FOTO: Instagram Dayana Roza)

Gratitude yummi.club

The post Dayana Roza kini tunangan orang appeared first on Sinar Plus.