Xiaomi Disaman Kerana Didakwa Melanggar Paten HEVC

TechnologyDigital
19 Aug 2020 • 4:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HEVC Advance Licensors telah memfailkan saman ke atas Xiaomi dan Vestel di sebuah mahkamah di Dusseldorf semalam. High Efficiency Video Coding (HEVC) yang juga dikenali sebagai H.265 menawarkan video beresolusi tinggi tetapi dengan saiz yang lebih kecil berbanding codec lain di pasaran.

Xiaomi didakwa mengguna HEVC/H.265 pada peranti mudah alih manakala Vestel pula menggunakan pada televisyen dan kotak TV yang dijual di Jerman. Penggunaannya pada telefon pintar dapat mengurangkan saiz storan ketika mengambil video pada resolusi 4K misalnya. Dengan saman yang difailkan, HEVC Advance Licensor ingin mendapatkan bayaran ganti rugi serta meminta kedua-dua syarikat membayar lesen penggunaan.