‘Daddy… Daddy’ – Ayden menangis rindukan ayah, peminat harap Aliff Aziz cepat masuk Malaysia

29 Sep 2020 • 4:58 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

VIDEO anak kepada pasangan Bella Astillah dan Alif Aziz, Ayden Adrean menangis kerana mahukan bapanya telah menarik perhatian ramai.

Dalam video berkenaan, Ayden, 3, beberapa kali menyebut perkataan ‘daddy’ dan memberitahu mahu ke Singapura

“Daddy, daddy… Ayden tak nak masuk dalam rumah… Ayden nak masuk Singapore…” katanya sambil menangis.

Dalam pada itu, jelas Bella di ruangan kapsyen, insiden itu bukan kali pertama berlaku, sebaliknya Ayden pernah menangis secara tiba-tiba sebelum ini.

“Sebenarnya bukan sekali ini je. Kadang cari mana dia rupanya tengah duduk menangis (kadangkala depan tandas) ingatkan jatuh rupanya cari daddynya,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut terkesan dan kasihan melihat Ayden yang sudah beberapa bulan berpisah daripada ayahnya.

Tidak kurang juga yang memberi cadangan permohonan agar Aliff dapat masuk ke Malaysia segera.

Bella pernah memberitahu tidak dapat berjumpa Aliff semenjak Mac lalu setelah larangan rentas sempadan negara dikuat kuasakan akibat Covid-19.

View this post on Instagram

image is not available
: actually bukan sekali ni je. Kadang cari mana dia rupanya tengah duduk nangis (sometimes depan toilet) ingatkan jatuh rupanya cari daddynya.

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

The post ‘Daddy… Daddy’ – Ayden menangis rindukan ayah, peminat harap Aliff Aziz cepat masuk Malaysia appeared first on Sinar Plus.